Harini 21 ke 22 Ramadhan? Saya dah konfius sebab ada kalendar yang saya terpandang 22 Ramadhan, tapi dari kiraan jari baru 21. Walau apapun, pejam celik pejam celik kita telah berada di segmen 10 hari terakhir Ramadhan. Sebaiknya, marilah kita sama-sama berazam meningkatkan tahap peribadahan kita ke tingkat yang lebih tinggi, moga diri kita berada lebih hampir dengan Allah dan Rahman & Rahim Nya melimpahi kehidupan kita dunia & akhirat.
Beberapa tips dalam merebut pahala dan kelebihan 10 malam terakhir Ramadhan:
1. Bersedia untuk merebutnya dari sekarang terutama aspek keyakinan, kesungguhan merebut peluang tahunan ini dan merancang kalender harian agar mengosongkan 10 malam-malam terakhir Ramadhan untuk tujuan ini semata-mata; tidak untuk kesibukan lain.
2. Memahami bahawa bahawa, jawatan, harta, kedudukan dan kesibukan kita di dunia ini bukanlah tujuan utama manusia dijadikan. Kita dijadikan ialah untuk beribadah kepada Allah S.W.T, membuat persediaan untuk kehidupan akhirat yang kekal abadi.
3. Putuskan dari sekarang, masjid mana yang akan kita gunakan untuk iktikaf, siang dan malam, samada sebahagian atau 24 jam sehari. Pastikan AJK masjid tersebut memahami ibadah iktikaf dan qiyamullail 10 malam terakhir agar tidak berlaku masalah pengurusan dengan mereka yang tidak memahaminya.
4. Dapatkan teman agar sama-sama dapat melakukan ibadah tersebut secara berjemaah.
5. Jika anda bekerja dengan majikan, kenalpasti hari-hari yang akan dimohon cuti agar dapat lebih hari untuk beriktikaf di masjid. Jika anda tidak dapat mengambil cuti kerja, anda boleh cuba berktikaf di masjid sepenuhnya dalam cuti hujung minggu.
6. Jika anda seorang pelajar, cuba habiskan kerja-kerja rumah atau tugasan dari sekarang agar tidak tertimbun pada 10 malam terakhir Ramadan. Beli tiket balik kampung lebih awal agar tidak dipeningkan mencari tiket nanti.
7. Bersedia untuk Aidil Fitri lebih awal agar kita tidak disibukkan nanti dengan membeli belah, memasang langsir, membuat kuih-muih, menyiap atau menjahit pakaian Raya dan sebagainya seperti yang sering berlaku pada ramai orang yang kurang memahami dan menghayati kelebihan 10 malam terakhir Ramadan.
8. Memahami bahawa asas perubahan ke arah kebaikan pada seseorang bahkan pada sesebuah umat ialah pembaikan jiwa yang ada di dalam diri masing-masing.
![]() |
| Sedih, tak jumpa2 malam lailatul qadar |
Semoga Allah mengurniakan ketaqwaan kepada kita setelah menjalani ibadah di bulan Ramadan ini. Kita keluar darinya nanti dengan beroleh rahmah, keampunan dan selamat dari api neraka.
Amin.....



Apabila ruangan Komen Terkini kosong, maknanya dah lama xde sape komen. Takpe asalkan baca dah le...
ReplyDelete