Assalamualaikum para sahabat nelayan sekelian!
Saya pun baru sahaja sampai dari Baling bercuti sempena Nuzul Quran semalam. Harapan saya agar semua para nelayan sihat wal afiat sambil menjalani ibadah puasa dengan tekun dan sentiasa diberkati Allah SWT.
Pekan Baling tetap 'lively' terutama pada bula Ramadhan ini. Melayu di sini juga mempunyai mentaliti yang hampir sama dengan Melayu2 lain di Malaysia. Bulan Ramadhan, bulan rezeki bagi para peniaga bermusim. Semua menyibokkan diri untuk berniaga untuk mencari untung dengan harapan dapat berhari raya dengan bahagia. Keuntungan berniaga di bulan Ramadhan akan dihabiskan juga ke tangan peniaga Cina demi untuk RAYA!
![]() |
| Gulai Batang Pisang |
Begitulah rupa bentuk Bazar Ramadhan Baling yang sangat mewah dengan makanan dan masakan eksotik. Tiada lagi tanda atau bekas untuk kita tunjukkan bahawa suatu ketika dahulu, tahun 1974, Anwar Ibrahim mengetuai perarakan demonstrasi jalanan membantah kerajaan kerana membiarkan rakyat Baling kebuluran. Anwar tidak perlu membela rakyat Baling lagi di zaman ini. Rakyat Baling sudah maju dan canggih sehinggakan mereka juga tidak memerlukan simpati kerajaan.
Sejarah membuktikan, rakyat Baling tidak taksub dengan pemimpin atau parti politik. Wakil Rakyat yang dipilih mereka bersilih ganti parti politik. Ramai pemimpin tertinggi mana-mana parti tersilap anggap pemikiran orang Baling. Mereka disangka BODOH, orang Ulu atau Darat, mudah dipujuk, dipancing, rendah diri dan sebagainya.
Mereka tidak pedulu siapa yang berhak duduk di Putrajaya. Apa yang mereka peduli? Hari Jumaat pasar malam di Kupang sehingga tengahari Sabtu dan sambung pasar malam di Baling sehingga tengahari Ahad. Kalau tak hujan, boleh pergi menoreh, sembang kedai kopi, maghrib isya' jemaah di masjid surau, sebelum balik tengok TV. Esok ada makan pakai, anak2 sihat boleh pergi sekolah, hujan rumah tak bocor, dan lagi dan lagi.... hanya tentang perkara remeh kehidupan.
Siapa jadi calon kali ini bagi PRU13? Mashitah, Aziz Rahim, Jamil Khir, Nakhaei, Taib Azimuddin, Ishak Mat, Johan Halid? Siapa peduli..... Hanya balaci dan kaki ampu politik kesibukan. Bangga menjadi orang Baling, kawasan yang sukar dicucuk hidung menurut kehendak mereka yang berkuasa. Sangat berharap agar sekian banyak pondok-pondok agama di sini dapat dikakalkan serta terus maju mendidik anak bangsa menjadi Muslim sejati.
Panjang plak meraban. Maafkan hamba, esok kita sambung tazkirah Ramadhan dengan topik lebih ilmiah.
Wassalam.






No comments:
Post a Comment
Terima kasih, komen anda amat dihargai...