Tahniah kepada para nelayan kerana kita sekali lagi berjaya membentuk 3 bot untuk sama-sama memukat. Laut yang tenang, cuaca yang nyaman dengan rintik-rintik halus membuatkan nelayan kita rakus menangguk ikan. Namun bagai dikata 'hanya jauhari mengenal maknikam', ramai yang kehampaan. Nasib lebih menyebelahi Saad yang berjaya menyauk 4 ekor bersama Din Bird, 1. Manakala Md Diah, walaupun tersasul sampai 106 stroke, masih berupaya memancing naik seekor.
Harga ikan kali ini telah mencatat rekod baru dengan melambung kepada RM47 seekor.
Selepas kita makan malam di Restoran Thaqwa, Sg. Buloh, perbincangan hangat berlarutan tentang ikan. Berbagai cadangan dilontarkan untuk memeriahkan lagi acara penangkapan ikan kita dan akhirnya masih tiada kata putus. Namun kita perlu berbalik kepada tujuan dan matlamat asal penubuhan kelab nelayan kota ini, jangan sampai tergelincir. Elakan sungguh-sungguh dari unsur perjudian. RM50 yang kita sumbang, adalah sebenarnya untuk membiayai kos makan minum dan urusan kelab, bukannya wang pertaruhan. Nawaitu kenalah betul dari awal kenapa kita menyertai acara ini. Andainya ingin sangat memperolehi pulangan dan tidak jujur dalam permainan, eloklah rasanya kita menyertai kumpulan lain yang bermain secara 'cut-throat, skin, baccarat, vegas' dan sebagainya.
Pendapat saya, kita teruskanlah dengan sistem serta terma dan syarat yang ada sekarang, cuma ditambah coklat kepada sesiapa yang mencatat stroke seperti berikut.
- 106 - 110 = + 2 (Index 1 & 2)
- 111 - 115 = + 3 (Index 1, 2 & 3)
- 116 - 120 = + 4 (Index 1, 2, 3 & 4)
- 121 > tak layak main dengan kita
Coklat diberi berdasarkan kepada score permainan terakhir nelayan bersama kita. Untuk pertemuan akan datang, penerima coklat adalah:
- Hj Termizi +2
- Md Diah +2
- Zahar +2
- Zul +3
|
|
Nilai Ikan
|
RM47/sekor
|
|
No
|
Nelayan
|
Score
|
Ikan
|
Hasil (RM)
|
|
1
|
Mohd Saad Ramli
|
95
|
4
|
188
|
|
2
|
H.A. Aziz
|
95
|
0
|
00
|
|
3
|
Hj Rusly Hassan
|
97
|
0
|
00
|
|
4
|
Johan Halid
|
98
|
0
|
00
|
|
5
|
Wak Ajis
|
100
|
0
|
00
|
|
6
|
Capt Shamsudin
|
103
|
0
|
00
|
|
7
|
Dato’ Rosenan
|
105
|
0
|
00
|
|
8
|
Zainuddin Hamid
|
105
|
1
|
47
|
|
9
|
Hj Termizi
|
106
|
0
|
00
|
|
10
|
Md Diah
|
106
|
1
|
47
|
|
11
|
Zainal Azahar
|
107
|
00
|
00
|
|
12
|
Zulkifli Mispan
|
112
|
00
|
00
|
|
JUMLAH
|
6
|
282
|