Terma & Syarat


Kelab Nelayan Kota diilhamkan atas dasar semangat persahabatan para golfer untuk riadah bersama. Tujuan utama adalah untuk mengeratkan hubungan silaturahim sesama ahli sambil meneruskan kehidupan sementara di dunia ini. Sehubungan itu disenaraikan beberapa terma & syarat untuk kita jadikan panduan agar tidak menyimpang dari tujuan asal.

  1. Pemain golf amatur
  2. Bermain golf secara sambilan & sosial
  3. Handicap tidak lebih rendah dari 10
  4. Umur melebihi 35 tahun
  5. Mahu berkawan dan bergaul
  6. Peramah dan sopan
  7. Sabar dan beretika
  8. Bertimbang rasa, bertolak ansur
  9. Fair play (Jangan tipu stroke)
  10. Jaga keselamatan
  11. Berhemah di jalanraya
  12. Tidak berjudi
  13. Sederhana dalam semua hal
  14. Menepati masa
  15. Pentingkan keluarga & kerjaya
  16. Allah first (utamakan solat)
Bersetuju menyertai Kelab Golf Nelayan Kota bermakna anda telah faham dan menerima terma & syarat di atas secara relahati. Kemenangan wang ringgit tidaklah boleh dijadikan matlamat utama apabila menyertai perkumpulan ini.

8 comments:

  1. hallo johan tu pakai umpan apa pulak , sampai 5 ekok ikan masuk pukat.........kot badi tuk nan tak dat kot.....rusly

    ReplyDelete
  2. Memang mcm tu, kalu Tok Nan & Rusly xde, ikan jinak skit

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat Peransang tanya Saad umpan apa nak pakai..Ni Home ground dia.

      Delete
  3. Ikan ikan ni ada sijil halal JAKIM tak?
    Chon

    ReplyDelete
  4. Go through, terma & syarat and fish system... Fahamkan elok2 and sendiri tafsir, tak perlu sijil JAKIM. Klu was-was u better avoid it

    ReplyDelete
  5. Cadangan: setiap ahli club mengemukakan profile bergambar, supaya setiap ahli saling mengenali dgn lebih dekat. Contoh:
    Nama : Zulkiefli Bin Mispan
    Umur: 45
    status : berkahwin
    Pekerjaan: berniaga
    …mcm… lg bleh bg info

    ReplyDelete
  6. Tq Zul, cadangan ada kebaikannya. Akan diusulkan

    ReplyDelete

Terima kasih, komen anda amat dihargai...