Monday, April 22, 2013

TAZKIRAH PAGI BUTA ISNIN

Kawan-kawan ahli KNK sekelian,

Kita sekarang berada ditahun ke 2 sejak tercetusnya idea Kelab Nelayan Kota. Bermula dari Dato' Nan, Dato' Fauzi, Zahar, Saad, Din Bird, Rusly dan beberapa lagi, sehinggalah sekarang sudah ada melebihi 50 ahli. Berbagai cerita dan kerenah sama-sama kita lalui di padang-padang golf seluruh negara.

Alhamdulillah, kita dapat bertahan sehingga kini berkat dari izin Allah dan komitmen saudara-saudara sekelian. Tujuan tazkirah ini adalah untuk memperingatkan semua ahli samada yang aktif atau tidak kepada beberapa perkara penting yang timbul hasil dari keterlibatan dalam KNK selama ini.

1. Etika KNK
Walaupun kita bukanlah pemain golf profesional, tetapi etika permainan perlu dipatuhi agar tidaklah nampak kejahilan kita sendiri. Beberapa perkara di bawah hendaklah diberi perhatian semula agar tidak lagi kedengaran rungutan dan rasa ketidakpuasan hati timbul sesama kita sendiri:
  1. Test full swing dalam bunker dan meletak club head atas pasir.
  2. Drop bola at entrance kalau masuk kolam atau hazard bukan sesuka hati, unless dipersetujui bot mates.
  3. Kata-kata kesat dan maki hamun kepada caddy, maupun kepada diri sendiri. Caddy boleh dimarah, tetapi secara berhemah.
  4. Telah dipersetujui, given stroke dekat lubang adalah 1 putter length (putter sendiri). Jangan agak-agak saja, kerana perkara ini selalu menimbulkan rungutan tentang jumlah strokes. Tambahan pula mereka yang ambil remeh perkara ini mendapat catatan stroke yang sedikit dan mendapat kedudukan nombol 1.
2. Lumba Haram
Kebelakangan ini "Lumba Haram" makin menjadi-jadi dan sukar dibendung lagi. Perlu diingat, yang haram tetap haram. Namun nasihat saya, perlumbaan itu biarlah berpada. Jangan sampai memudaratkan kesihatan kita maupun nasib kawan-kawan. Kalau hanya setakat mahu mencetuskan excitement, betulkan niat dari awal.

3. Sirih Tutup Bangkai Gajah, Meriam Peluru Habuk
Mungkin ada yang tidak faham peribahasa ini. Sering saya sebut dan ulang tentang tujuan kelab kita ini. Eratkan silatulrahim, bersama dan bermesra dengan sahabat handai sambil beriadah. Kebelakangan ini timbul beberapa isu yang kurang sedap didengar apatah lagi bagi mereka yang mengalaminya. Perkara begini akan terbongkar dan tidak dapat dilindung hanya dengan dentuman meriam yang berbunyi kuat namun yang keluar hanya hampas. Simpati dengan sesiapa yang terlibat dan yakin dengan keAdilan Allah.

Maaf kerana agak panjang, tetapi tazkirah ini amat perlu dan penting demi menjaga kesejahteraan KNK. Tanpa segan dan bimbang saya nyatakan dengan tegas di sini, kami tidak mengalu-alukan penyertaan orang yang berpotensi membawa masalah kepada KNK dan ahli-ahlinya walau setinggi manapun pangkat atau darjat mereka.

Sekian.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih, komen anda amat dihargai...