Assalamualaikum kawan-kawan KNK,
Untuk makluman semua, mulai April 2013 ini Saudara Zahar telah mengambil alih tugas saya untuk membuat pengaturan bot, pendaftaran dan catatan-catatan keputusan serta hasil pada setiap pertemuan. Beliau juga akan mengemaskini blog kita. Seperti biasa, Yang Berkhidmat (YB) Dato' Rosenan akan sentiasa membantu melicinkan urusan tersebut sambil beliau akan terus menjaga khazanah KNK yang dipungut setiap minggu.
Namun buat masa ini, saya akan terus gunakan kemudahan dan kemampuan yang ada untuk membuat jemputan kepada kawan-kawan pada setiap hari Isnin, sebelum ada yang rela di antara kita mengambilalih tugas.
Besarlah harapan agar kita semua dapat terus bersatu, menjaga silatul rahim dan membantu memeriahkan lagi kelab kita ini.
Harap maklum... Syabas kepada Zaha dan harap bersabar!!

No comments:
Post a Comment
Terima kasih, komen anda amat dihargai...