Raya dah habis, mari kita teruskan kehidupan dan seeloknya selalulah ke masjid. Setidak-tidaknya ada kesan susah-payah kita menempuhi Ramadhan dengan tekun. Nampaknya selepas raya ni semuanya sihat walafiat dan bertambah tembun kecuali Eddy yang sakit pinggang. Kita semua berdoa agar Eddy cepat sembuh dan dapat kembali menyertai kita dalam tempoh 5 tahun lagi...
Sudah sedia maklum kita telah selesai 2 sessi memukat kita di Bukit Kemuning dan Tasik Puteri. Namun dalam kita ghairah meneruskan aktiviti, jangan kita lupa tanggungjawab kepada Allah. Perkukuhkan iman dengan terus meningkatkan amalan yang disuruh dan meninggalkan larangannya. KNK telah tugaskan Ustaz Azmi memantau karenah-karenah kita yang tersasar akhlak Islamiahnya dan seterusnya akan memberi peringatan atau tazkirah bagi menyedarkan kita semua.
Harap kita dapat terima hakikat bahawa kebahagiaan dan kejayaan kita di dunia ini berkait rapat dengan cara hidup kita sendiri. Andai kita hadapi kemelut kehidupan yang berterusan dan sukar keluar dari permasalahan keluarga, perniagaan atau pun kerjaya, eloklah bermuhasabah dan lihat bagaimanakah cara hidup yang kita amalkan. InsyaAllah, jika kita sering berkawan dengan orang yang beriman dan soleh, maka kita akan turut mendapat tempias hidayah dari keimanan mereka.
Moga kita dirahmati Allah SWT.

No comments:
Post a Comment
Terima kasih, komen anda amat dihargai...