Tuesday, August 6, 2013

AL KISAH MID YEAR TOUR KNK 2013 PERAK


Setelah sekian lama blog ini tersadai, saya tidak sampai hati untuk membiarkannya terkulai layu tanpa perhatian. Lagipun siapa yang peduli kalau bukan saya jugak, hahaha..

Saya mulakan dengan sedikit imbasan tentang Mid Year Tour 2013 kita tempohari di Perak. Sambutan agak sederhana dan seperti dijangka hanya ahli-ahli yang 'pure' dengan semangat silatulrahim sahaja yang muncul.

Walau bagaimana pun ianya meriah dan berjalan lancar sepertimana yang dirancang. Bermula di Clearwater Sanctuary Golf & Country Club, Batu Gajah, Ipoh dan berakhir di Taiping Golf & Country Club, Bukit Jana, Kemunting, Taiping. Tour diungguli oleh Saudara Mohd Saad Ramli dan diikuti oleh Ustaz Azmi Sabdin, manakala Saudara Shafie Atan terus menggenggam tahta ranking dan membawa pulang Piala Pusingan.

Buat pertama kalinya kita mengadakan tazkirah agama di sebelah malamnya bagi mengisi slot pengembangan rohani yang disampaikan oleh Ustaz Azmi Sabdin. Penerimaan ahli-ahli amat manfaat bagi mengukuhkan pegangan akhidah kita. Terima kasih tidak terhingga kepada Ustaz Azmi yang sudi menyertai kita dan dengan ikhlas memberi tazkirah.

Besarlah harapan moga kita semua diberkati Allah SWT dan terus menghidupkan perkumpulan KNK kita ini untuk masa-masa akan datang. Sungguh pun begitu, komitmen rakan-rakan amat ditagih kerana kesungguhan saya mempertahankan KNK tidak akan ke mana tanpa penglibatan saudara-saudara sekelian.

Terima kasih tidak terhingga kepada Saudara Zulkifli Mispan yang merupakan penyumbang terbesar bagi menjayakan acara kita kali ini. Tidak dilupakan juga penghargaan kepada Dato' Rosenan, Zahar dan Capt Shamsudin di atas kesungguhan usaha melancarkan perjalanan program.

Akhir sekali, setinggi-tinggi penghargaan kepada semua ahli yang hadir memeriahkan Mid Year Tour 2013 Perak.

Wasalam

No comments:

Post a Comment

Terima kasih, komen anda amat dihargai...