Friday, December 20, 2013

GRAND FINALE 2013 SUNGAI PETANI


Selesai sudah acara Grand Finale 2013 Kelab Nelayan Kota.

Terima kasih tidak terhingga kepada sahabat-sahabat setia yang turut serta menjayakannya bersama. Tahniah kepada yang menang dan yang mendapat hadiah serta jangan kecewa kepada yang tidak dapat apa-apa. Keakraban persahabatan adalah tujuan utama kita.

Jutaan maaf dipohon kerana tidak dapat memaparkan keputusan permainan kita di blog ini. Keputusannya entah hilang ke mana...

Sesungguhnya akibat dari kelemahan dan kurangnya kebijaksanaan saya, banyak kekhilafan dan kecacatan aturcara program kita tempohari. Sekali lagi saya mohon kemaafan andainya ada di antara kita yang tersinggung atau terguris.

Besarlah harapan agar KNK ini dapat diteruskan oleh generasi pelapis dari tahun ke tahun serta mengekalkan tali silatulrahim sesama kita.

Buatlah persediaan untuk acara Mid Year Tour 2014 - Terengganu pada penghujung Jun 2014. Saya cadangkan kita mula buat bayaran RM50 sebulan bermula Januari akan datang agar tidak kesempitan apabila tiba waktu.

Sekian. Terima Kasih.



No comments:

Post a Comment

Terima kasih, komen anda amat dihargai...