Monday, November 12, 2012

IMPIAN GOLF KAJANG


Agak-agak saya lah, ramai dari ahli KNK jarang main di Impian Kajang. Jadi Rabu ini kita berpeluang merandok di pelusuk lubuknya. Besarlah harapan kita dapat berkumpul seperti minggu lepas di Tasik Puteri, Rawang yang berjaya membentuk 4 bot besar.

Seperti dijanjikan, pertemuan kali ini akan dikendali oleh En Azmi Uteh. Saya akan membantu setakat pengesahan penyertaan para nelayan melalui 'on-line' dan sms. Para nelayan perlu mengesahkan kehadiran melalui nombor broadband saya 018-3958499. Dato' Rosenan akan buat tempahan dan selepas itu Azmi akan uruskan pendaftaran, green fee, ikan, scorecard, makan dsb.

Saya dengan ini mengesahkan penyertaan ke Impian Kajang, cadangan t-off pada pukul 9 am.

Terima kasih.



3 comments:

  1. Alamak ingatkan sekadar tumpang2,Johan bagi tanggungjawap la pulak insyallah beres..aku sokong sngt kita toff seawal mungkin lagi awal lagi bagus bagi mengelakan hitam legam hahaha...So kepada pro2..yg tak pernah sekapal dgn saya sila lah menawarkan diri anda (ada berani)

    ReplyDelete
  2. Sorry Chon, silap tekan... 14 Nov, akan segera saya betulkan! Thanks

    ReplyDelete

Terima kasih, komen anda amat dihargai...