Wednesday, November 7, 2012

HASIL DARI TASIK PUTERI 07 NOV 2012

Satu lagi aktiviti KNK selesai dengan jayanya. Kita dirahmati bermain dengan aman tanpa gangguan hujan.

Sepatutnya kita merandok tasik hari ini dengan 5 bot, tetapi ada beberapa nelayan yang gagal hadir membuatkan 1 bot terpaksa ditinggalkan. 4 bot bermula dari Puteri Nine dan diteruskan ke Putera Nine pula.

Ada 2 ahli baru mula menyertai kita hari ini, YM Dato' Raja Shahrulzaman yang diperkenalkan oleh H.A. Aziz atau lebih dikenali sebagai Abg Man dan Encik Bunyamin (Boone) oleh Din Bird. Selamat datang diucapkan kepada YM Dato' Raja dan Boone, diharapkan akan dapat terus bersama kita meradok di masa-masa akan datang. Malangnya Dato' ada urusan yang lebih penting dan tidak dapat bersama kita dalam acara seterusnya yang paling meriah dan seronok, pembahagian ikan dan MAKAN!

Seperti biasa, Azmi lagi di depan, Dato' Fauzi di belakang, Din Bird kecewa lagi dan Zul tetap begitu. T-off macam hcp 6, 2nd shot jahanam.

Nilai ikan harini telah memecahkan rekod KNK selama ini, iaitu RM60 seekor. Ini tercapai mungkin kerana kita mengelak dari makan di Club House.

Perlu saya ingatkan lagi di sini bahawa tujuan perkumpulan KNK kita bukanlah untuk memenangi duit pertaruhan dan harap tidak ada sebarang unsur perjudian. Duit ikan yang kita kumpul, kegunaan utamanya adalah untuk makan minum para nelayan yang hadir sepanjang acara. Jadi, jangan sekali-kali ada niat menjimatkannya untuk tujuan menaikkan nilai ikan. Kita boleh makan dan minum di mana-mana yang kita fikirkan sesuai, sedap, selesa, santai dan menggembirakan setiap orang. Harap tidak timbul lagi soal mahal murah asalkan semua orang bahagia.

Kenapa sebelum ini nilai ikan hanya RM10 hingga RM30 seekor? Kita habiskannya dimeja makan dengan ceria dan rela. Jika suasana ini sudah pudar, mungkin nelayan-nelayan seperti Dato' Fauzi, Zul, Zahar, Dato' Nan, Muhd Diah, Abg Man dan lain-lain tidak berminat menyertai KNK lagi. Excitement bermain golf hanya sekejap selagi masih ada tenaga, tetapi excitement relation dan kehidupan berterusan.

Harap tidak ada sesiapa yang tersinggung dengan teguran ini, malah mungkin dapat mengukuhkan lagi hubungan silaturrahim kita sepertimana tujuan asal KNK.

Dato' Raja & Abg Man

Din Bird, Dato' Nan, Hilmy & Nelayan malu

Mejar Shafie

Muhammad Diah (Teruna)

Hilmy & MDiah

Dato' Nan & Mej Pie

Hasil hari ini


NILAI IKAN
RM60 SEEKOR
NO
NELAYAN
PUKULAN
(SCORE)
IKAN
HASIL
(RM)
1
AZMI UTEH
81
3
180
2
HAMDAN (ARMISA)
87
2
120
3
DATO’ RAJA SHAHRULZAMAN
91
0
0
4
DIN BIRD
92
0
0
5
JAMALLUDIN
93
0
0
6
WAKPRO AJIS
93
1
60
7
MEJ SHAFIE
96
0
0
8
BOONE (BUNYAMIN)
96
1
60
9
DATO’ ROSENAN
98
0
0
10
HILMY
98
0
0
11
H.A. AZIZ (ABG MAN)
98
0
0
12
JOHAN HALID
100
0
0
13
MUHD DIAH
101
0
0
14
ZAHAR
102
0
0
15
ZUL MISPAN
105
0
0
16
DATO’ FAUZI
108
0
0
JUMLAH
7
420


4 comments:

Terima kasih, komen anda amat dihargai...