اَلسَّـلاَمُ
عَلَي٘كُـمٚ وَرَح٘مَةُاللهِ
Salam semua para nelayan...
Seperti yang kita rancang, pertemuan minggu ini adalah di KLGCC. Bukan tempat yang Imbi Park menang LPGA Ahad lepas, tetapi di Kundang Lakes Golf & Country Club. Telah kita maklum bahawa 'Club House' Kundang jauh lebih canggih dari 'Club House' KLGCC Sime Darby, adalah lebih elok kalau kita 't-off' lewat pagi dan makan tengahari di Tasik Biru. Maksud lewat pagi di sini ialah dalam pukul 10.00am dan mungkin kita siap dalam pukul 2.00pm.
Keadaan akan lebih tenang kerana tidaklah kita tergesa-gesa untuk solat Maghrib, mandi dan makan di situ yang sememangnya serba canggih. Kita juga dapat mengelak dari bertemu hantu-hantu Kundang yang sering berkeliaran di lewat petang. Hehehehe...
Harap dapat pertimbangan saudara sekelian.
Terima kasih.

No comments:
Post a Comment
Terima kasih, komen anda amat dihargai...